Saturday, July 19, 2014

Minggu AntiDadah SMK Kubang Bemban 2011

Sekitar Minggu Anti Dadah SMK Kubang Bemban 2011

Minggu AntiDadah SMK Kubang Bemban 2011 telah dilangsungkan dengan jayanya. Pelaksanaan program ini telah direalisasikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama serta sokongan penuh daripada pihak pengurusan sekolah. Antara aktiviti-aktiviti yang dilangsungkan adalah pameran anti dadah, pertandingan poster, sajak anti dadah dan pelbagai lagi aktiviti yang mampu menarik minat pelajar SMK Kubang Bemban untuk bersama-sama menyertai serta memeriahkan Minggu AntiDadah 2011.

Banner Program Minggu Anti Dadah 2011

5 Minit Info Anti Dadah 


















Gimik Pelancaran Minggu PPDa


















Ceramah Anti Dadah 2011














Perasmian program Minggu Anti Dadah ini telah disempurnakan oleh Pengetua, Pn. Norashimah Binti Rashid. Program ini turut mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Kesihatan apabila mereka menghantar wakil mereka untuk memberi taklimat serta membuka papan pameran berkenaan penyalahgunaan dadah. Disamping itu, pihak PEMADAM turut mengambil peluang untuk sama-sama memberi taklimat berkenaan bahaya serta nasib yang bakal menimpa mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Program ini merupakan program berkala yang akan dilaksanakan dari masa ke semasa memandangkan warga SMK Kubang Bemban merupakan warga yang cakna akan masalah sosial serta bebas daripada penyalahgunaaan dadah serta aktiviti merokok.